Durian runtuh buat pemain Malaysia


Wow....KERINGAT dan pengorbanan 25 anggota skuad Harimau Malaya yang menamatkan penantian 14 tahun Malaysia untuk menjuarai Piala Suzuki AFF ternyata berbaloi apabila kerajaan memperuntukkan ganjaran sebanyak RM1.625 juta dalam bentuk saham amanah dan wang tunai buat mereka..

Daripada jumlah itu, pemain dan jurulatih kebangsaan menerima RM65,000 setiap seorang yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis ramah mesra meraikan pasukan juara itu di kediaman rasminya di Seri Perdana semalam.



Ganjaran yang diberikan dalam bentuk unit saham Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 bernilai RM50,000 serta wang tunai RM10,000 manakala RM5,000 pula menerusi Skim Hadiah Kemenangan Atlet Malaysia (Shakam) Majlis Sukan Negara (MSN).

Untungnya jadi pemain bola sepak ni...menang je terus dapat ganjaran lumayan...bertuah betul mereka-mereka ini..itulah orang cakap tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu...siapa yang rasa-rasa nak jadi jutawan megi segera boleh la jadi pemain bola sepak yer....masyukkk beb...
















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

3 Response to "Durian runtuh buat pemain Malaysia"

  1. hans says:
    January 13, 2011 at 5:51 PM

    seronok diorang

    Jom Baca Kisah Aksi Wheelie Terbaik Di Hadapan Lampu Isyarat Pintu Pagar Belakang Uitm Sebentar Tadi! Hahahahaha!

  2. mie says:
    January 14, 2011 at 9:34 AM

    wow!!banyak betul..
    harap kekalkan prestasi ...

  3. shamiera says:
    January 14, 2011 at 10:08 AM

    hehehe..jutawan mi segera dorg2 ni sume...tapi ni sume berkat usaha dorg..so mmg berbaloi dgn ape yg dorg dapat...

Post a Comment