Bila isu payu dara jadi bualan...

Tak habis-habis lagi isu tentang TV3 yang menyiarkan satu topik yang dikatakan hangat iaitu membesarkan payu dara dalam sebuah segmen bual bicara kelmarin..Hari ini, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, memberi maklum balas tentang tindakan TV3 yang menyiarkan secara terbuka mengupas isu tersebut. Beliau menyatakan pihak TV3 tidak mempunyai niat lain selain menggalakkan diskusi terbuka dan berkongsi pengalaman berhubung topik tersebut.

Dalam Kosmo semalam, isu tersebut mencetuskan rasa kurang senang penonton kerana ianya dibincangkan secara terbuka. Siaran itu mengundang teguran pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh agama yang berpendirian topik itu tidak sesuai dibincangkan secara terbuka kerana ia adalah rahsia wanita. Ada pula yang berpendapat ketiadaan pakar agama yang dijemput bagi mengulas isu tersebut menjadikan program itu seakan-akan tidak sesuai dengan budaya masyarakat Islam.

Bagi aku isu ini tidak relevan untuk dibicarakan kerana ianya melibatkan rahsia sulit wanita. Tambah lagi akan menggalakkan kaum wanita melakukan pembedahan semata-mata untuk kelihatan menarik..yang ini memang tak sesuai dengan budaya Islam itu sendiri. Agaknya pihak TV3 ni tidak memandang serius tentang sensitiviti masyarakat yang menonton rancangannya. Lagi satu kekadang aku tengok surat khabar ni suka memanjangkan sesuatu isu. Hal yang kecil lama2 boleh jadi besar..kekadang naik tensen dibuatnya alih2 citer yang sama keluar..huhuhu...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Bila isu payu dara jadi bualan..."

  1. Daus says:
    January 19, 2011 at 4:32 PM

    wah! sampai mcm tu sekali .. ish22


    Berminat Menulis Di blog Daus Seumur hidup??
    Sila refer sini : jadi Penulis Di blog Daus

  2. shamiera says:
    January 19, 2011 at 6:48 PM

    hehehe...macam2 ragam ek

Post a Comment