Ada apa dengan blog?
Posting kali ini aku nak cerita sikit pasal blog. Ada apa dengan blog?aku nak tanya korang apa tujuan sebenarnya korang berblog? adakah tujuannya untuk berbisness atau untuk suka-suka sahaja menghabiskan masa lapang?kat sini aku nak kongsikan sedikit bagaimana nak tarik orang untuk setia dengan blog kita dan dalam masa yang sama membina pengaruh dalam berblog..!
Jom kita lihat bagaimana caranya...
Membina pengaruh positif iaitu mereka suka dengan tulisan kita. Pengaruh positif memberikan kesan yang baik kepada diri seorang blogger. Pengaruh jenis ini juga memberikan gambaran bahawa jenis pembaca blog anda adalah tergolong daripada mereka yang:
• Sentiasa memuji setiap entri kita,
• Sentiasa berhubung setiap kali entri diterbitkan melalui ruangan komen,
• Menyokong pandangan yang kita berikan,
• Menyukai gaya penulisan kita.
Bagi membina pengaruh positif, beberapa langkah bijak perlu diambil bagi menerbitkan entri-entri di blog.
Langkah 1 – Gunakan Gaya Penulisan Tersendiri
Kesilapan yang paling besar dilakukan oleh blogger adalah mereka tidak menjadi diri sendiri. Ini dapat dilihat segelintir blogger menggunakan gaya bahasa yang ditiru bulat-bulat oleh blogger yang lain. Keunikan dalam berblog amat penting bagi membezakan diri kita dengan orang lain.
MULA MENULIS HARI INI. Laman kelamaan kita akan perasan bahawa kita semakin menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat sendiri dan berkongsi pengalaman menggunakan bahasa sendiri.
Langkah 2 – Pentingkan pembaca, Mereka adalah rakan karib kita
Jika kita dapat lihat, kebanyakkan blog-blog yang muncul tidak mementingkan kehendak pembaca. Mereka akan menulis ikut suka mereka dan langsung tidak mempedulikan apa yang pembaca mereka mahukan.
Anggaplah diri kita sebagai pembaca blog kita sendiri. Jika kita sendiri tidak suka setiap entri yang diterbitkan, maka tidak mustahil para pembaca yang lain juga akan mempunyai sifat yang sama.
Langkah awal bagi memahami pembaca adalah mengajukan soalan ini pada diri sendiri:
“Adakah pembaca aku akan dapat apa yang mereka mahu jika aku terbitkan entri ini?”
Jika jawapannya Ya!, maka kita sedang membina pengaruh.
Langkah 3 – Konsisten dan Kekal Fokus
Kekal konsisten dan fokus juga membawa kepada kejayaan blog dan membina pengaruh yang tiada tandingan. Konsisten dan fokus dalam konteks membina pengaruh adalah sentiasa memberikan sesuatu maklumat yang mereka inginkan. Sentiasa mengemaskini blog dengan entri-entri yang menarik.
Cuba anggap diri sendiri sebagai pembaca, bayangkan tuan empunya blog tidak mempunyai entri yang fokus pada topik, tidak mustahil kita akan meninggalkan blog mereka.
Jadi, sentiasa ingat bahawa kuasa membina pengaruh terletak pada blog post anda. Membina pengaruh bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia mempunyai proses yang kita perlu patuhi.
Semoga perkongsian kali ini membawa manfaat. Jom sama-sama praktis..Kalau korang rasa ada kekurangan, bolehla share kat sini yer...
January 18, 2011 at 5:44 PM
Nice!!!wahhhhh!!!bagus entry ni...suke2!!
jadi diri sendiri tu memang penting.
January 19, 2011 at 6:52 PM
sharing is caring..moga ianya bermanfaat..