Pendapatan penoreh getah setanding penjawat awam


Wow...! biar betul gaji penoreh getah setanding dengan orang yang keje goverment..ishhh boleh caye ke? sumber ni aku dapat dari kosmo.
Berikutan kenaikan harga getah yang mencecah RM15 sekilogram sekarang, matlamat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan 350,000 keluarga pekebun kecil di seluruh negara mencapai matlamatnya, kata Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Beliau berkata, ekoran kenaikan harga komoditi tersebut, kini purata pendapatan keluarga pekebun kecil getah melebihi RM2,000 sebulan melepasi pendapatan paras kemiskinan bawah RM750 sebulan.

Abdul Rahim menjangkakan pendapatan pekebun kecil akan meningkat sehingga RM3,000 sebulan dalam masa terdekat iaitu setanding dengan pendapatan sesetengah penjawat awam.

ha...ape lagi pasni kita pakat2 keje toreh getah la pulak yer...gaji pon dah setaraf org keje gomen..tak payah penat2 keje ngadap pc lagi..huhuhu


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Pendapatan penoreh getah setanding penjawat awam"

Post a Comment