Lady Gaga jana pendapatan RM305 juta??


Wow....!!!Lady Gaga dijangka peroleh RM305 juta tahun ini

Penyanyi yang gemar berpakaian pelik, Lady Gaga, dijangka memperoleh pendapatan AS$100 juta bersamaan dengan RM305 juta tahun ini mengikut anggaran yang dibuat oleh majalah bisnes Forbes, lapor sebuah akhbar semalam.

Lady Gaga yang nama sebenarnya Stefani Germanotta dan terkenal dengan lagu Poker Face itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$64 juta (RM195 juta) sebelum ini.

Majalah itu juga mengatakan, Gaga akan terlibat dengan jadual jelajah konsert yang ketat menerusi 41 persembahan dalam tempoh enam bulan selain mempromosi album terbarunya Born This Way.

Album terbaru Lady Gaga itu dijangka berada di pasaran pada Mei depan.

Lady Gaga turut memperoleh pendapatan sampingan lain menerusi perjanjian produk dan kerjasama dengan syarikat VirginMobile serta Polaroid.

Giler kentang betul la...nasib badan la...tu la yang bestnye jadi artis luar negara..tak main ribu riban lagi dah nah terus juta dollar tu...kalau artis Malaysia jangan harap la nak dapat pendapatan macam tu..alamaknye gigit jari la weh...hehehehe
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

3 Response to "Lady Gaga jana pendapatan RM305 juta??"

  1. Shafiq Izwan says:
    January 15, 2011 at 3:28 AM

    murah rezeki btol lady gaga ni. hehe.

  2. Hairun Azmi says:
    January 15, 2011 at 7:56 AM

    Oh my god....
    Banyoknyer......


    Indonesia haramkan BlackBerry sekiranya tidak menyekat akses web lucah

  3. shamiera says:
    January 17, 2011 at 10:15 AM

    mestila banyak....artis luar negara la katakan...agaknye kita bile la nak dapat duit banyak mcm tu...keje berthun pon lom tentu dapat..huhuhu

Post a Comment