Drama terbaru - Dia Bukan Maryam

Drama yang ditunggu2 akan ke udara malam ini...drama yang berjudul 'Dia Bukan Maryam' akan menemui penonton jam 8.30 malam ini di TV9..meh la kita nonton sama-sama drama melayu ni... drama bersiri 26 episod akan ke udara setiap Isnin dan Selasa ini dibintangi oleh Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja bergandingan dengan tiga pelakon hebat - Lisdawati Nazarudin (Zaimah), Fahrin Ahmad (Nazir) dan Rusdi Ramli (Kamal). Ia sebuah lagi karya menarik arahan Erma Fatima dan terbitan Global Station.

Turut membintangi drama ini, Datuk Rahim Razali, Aqasha, Norman Hakim, Normah Damanhuri dan Hamidah Wahab. Cerita ini berkisarkan kepada tema persahabatan, selain persahabatan, ia memaparkan tema kekeluargaan, percintaan dan pengorbanan.

Tak sabar rasanya nak tengok....suka tengok Eja bergandingan dengan Fahrin Ahmad..kedua2nya aku minat...so kawan-kawan jangan lupa temujanji kita malam ni k...stay tuned...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Drama terbaru - Dia Bukan Maryam"

Post a Comment