Alahai Fasha


Tak habis-habis dengan kontroversi..apa nak jadi la dengan seorang artis ni yg empunya nama Fasha Sandha. Aku masih ingat lagi yang dia pernah ditanya oleh wartawan apa azam baru beliau untuk tahun 2011 ini...dan azamnya tahun ini untuk memperbaiki kelemahan diri dan menjadi insan yang lebih baik....tapi sayang nya tup tup tiada angin tiada ribut keluar kontroversi isu pemakaian bikini di pusat percutian terkemuka di Indonesia iaitu di Bali...

Dengar cerita pemergian Fasha Sandha bercuti ke Bali, Indonesia bersama rakan-rakannya baru-baru ini didakwa bukan untuk meraikan sambutan tahun baru 2011 seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya untuk melepaskan tekanan perasaan.

Pemergiannya ke pulau peranginan berkenaan adalah kerana kekasihnya, Rizal Ashram Ramli, atau lebih dikenali sebagai Jejai menyertai keluarga serta bekas isterinya, aktres Nora Danish, makan angin ke Jepun.


Dan menurut seorang rakan beliau, Jejai dikatakan pergi ke Jepun untuk meraikan hari jadi anak tunggalnya bersama Nora Danish, Putera Rayqal Rizal Ashram, yang jatuh pada 7 Januari lalu.

Fasha terasa hati, mungkin sebab itu dia membuat keputusan untuk bercuti ke Bali bersama rakan-rakannya itu selepas Jejai ke Jepun bersama bekas isterinya itu..terasa hati takkan lah sampai 'memusnahkan' diri sendiri...tak faham betul aku...dia tak fikir ke ramai mata yang memandang kat situ dan dengar ceritanya kawan dia sendiri yang 'upload' gambar santainya kat dalam facebook...apa punya kawan daaa...

Ishhhh ishhhh..alahai Fasha ku sangkakan hujan hingga ke petang rupanya hujan di tengahari...itulah lumrah kehidupan manusia..tak semestinya apa yang kita rancang akan betul-betul mengikut 'jalannya'. Kita hanya mampu merancang tetapi selebihnya hanya Dia yang menentukan segala-galanya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Alahai Fasha"

Post a Comment