Lelaki bangsat!!!

Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa......

Gadis : "Doktor, saya merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya memanggilnya lelaki bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan ada kalanya pula saya rasa memang patut saya memanggil dia seperti itu..."

Doktor : "Hmm. panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab tersendiri memangilnya demikian. Ceritakanlah kpd saya agar saya dapat membantu.."

Gadis : "Ya memang ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta di tepi pantai.Dia pegang tangan saya."

Doktor : "Dia pegang tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh.

Gadis : "Ya. seperti yg doktor lakukan"

Doktor : "Kalau hanya ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bangsat. Itu tandanya dia tidak mau berpisah dgn kamu..."

Gadis : "Kemudian dia merapatkan badannya kepada saya dan memeluk bahu saya......"

Doktor : "Dia lakukan seperti inikah?"

Gadis : "Ya.. seperti inilah dia peluk saya doktor.."

Doktor : "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau sentiasa berdampingan dgn kamu" kata dr Faizul.

Gadis : "Kemudian dia cium saya."

Doktor : "Dia cium kamu seperti ini ?"

Gadis : "Ya. Ciumannya sama seperti yg doktor lakukan."

Doktor : "Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil bangsat, itu tandanya dia sayang kamu, kan ?"

Gadis : "Kemudian dia memasukkan tangannya kedalam baju saya & meraba2 saya doktor.."

Doktor : "Dia lakukan seperti ini kah?"

Gadis : "Ya, seperti yg doktor lakukan inilah cara dia memperlakukannya. ."

Doktor : "Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mau membelai diri kamu.."

Gadis : "Kemudian dia menanggalkan semua pakaian saya satu persatu.."

Doktor : "Adakah kamu membantah tindakannya? "

Gadis : "Tidak, saya merelakannya sebab saya sayang dia.."

Doktor : "Dia tanggalkan pakaian kamu seperti ini ?"

Gadis : "Ya, sampai saya telanjang bulat seperti ini doktor...."

Doktor : "Itu masih belum layak dipanggil bangsat, kerana dia sememang ingin mengenali diri kamu sepenuhnya"

Gadis : "Kemudian dia mencumbui saya lalu melakukan hubungan seksual
dgn saya ..."



(selepas seketika.... )

Doktor : "Dia lakukan seperti yg kita lakukan tadi kah?"
Gadis : "Ya. Memang itulah yg dia lakukan ketika itu"

Doktor : "hmm, itu juga masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya dia memerlukan kamu kan!"

Gadis : "Tapi kemudian dia memberitahu saya bahawa dia ada HIV positif"


Doktor : "HAH?? DIA..MEMANG .. BANGSAT!!..BANGSAAA TTT!!!!.. LELAKI BAAANGSAAAAAAAATTTT TT!!!!!!!!......

hahaha..padan muke doktor...ha gatai sangat..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Today is the BONUS DAY...



salam semua kawan-kawan yang setia dengan blog aku selama ini...hari ini aku nak share something yang buat aku hepi sangat2. Hari ni aku dapat BONUSSSS....ya beda bedooooooo....gembira bukan kepalang lagi....yang seronoknya ingatkan dapat bonus sebulan je tapi lebih dari tu aku dapat...syukur Alhamdulillah tak terkata gumbiranya ati ini...jom pegi shopping hahahaha...oppssssss lupa pulak tak leh nak belanja sakan sangat sebab banyak benda nak kena beli...adushhhhhh potong stim betul la...tapi ape2 aku hepi at least dengan duit bonus boleh la tok aku bayar duit keta dengan renew roadtax dan insurans....apa2 pon arigato gozaimas boss.....tahun depan boleh la bagi lebih lagi yer...hehehe
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Drama terbaru - Dia Bukan Maryam

Drama yang ditunggu2 akan ke udara malam ini...drama yang berjudul 'Dia Bukan Maryam' akan menemui penonton jam 8.30 malam ini di TV9..meh la kita nonton sama-sama drama melayu ni... drama bersiri 26 episod akan ke udara setiap Isnin dan Selasa ini dibintangi oleh Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja bergandingan dengan tiga pelakon hebat - Lisdawati Nazarudin (Zaimah), Fahrin Ahmad (Nazir) dan Rusdi Ramli (Kamal). Ia sebuah lagi karya menarik arahan Erma Fatima dan terbitan Global Station.

Turut membintangi drama ini, Datuk Rahim Razali, Aqasha, Norman Hakim, Normah Damanhuri dan Hamidah Wahab. Cerita ini berkisarkan kepada tema persahabatan, selain persahabatan, ia memaparkan tema kekeluargaan, percintaan dan pengorbanan.

Tak sabar rasanya nak tengok....suka tengok Eja bergandingan dengan Fahrin Ahmad..kedua2nya aku minat...so kawan-kawan jangan lupa temujanji kita malam ni k...stay tuned...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ibu dipenjara kerana laku seks dengan rakan anak

Sebelum ni aku pernah terbaca berita yang tersiar tentang seorang perempuan yang merogol budak lelaki akibat daripada ketagihan seks yang melampau. Kali ini dikhabarkan seorang ibu di Amerika Syarikat iatu Cathleen Miller, dihukum penjara selama 10 tahun kerana kesalahan melakukan seks dengan beberapa remaja lelaki yang merupakan rakan anak perempuannya.

Wanita tersebut mengaku bersalah atas kesalahan penyalahgunaan seks dan serangan seks ke atas tiga budak lelaki yang berusia di antara 14 dan 15 tahun.


Pihak pendakwa raya menyatakan dia menawarkan arak dan dadah untuk melakukan seks dengan dua orang mangsanya pada Februari dan Jun tahun lepas di rumahnya.


Skandal seks itu terdedah apabila salah seorang mangsa lelaki menghantar mesej di laman sosial Facebook kepada anak perempuan sulung Miller bagi meminta maaf kerana perbuatan itu.


Yang peliknya macam mana la perempuan boleh merogol lelaki...aishhhh tak terpikir dek akal...aii dunia dah terbalik rupanya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

My only Nichkhun....he's so cute!


Tadi aku bukak website youtube then terjumpa la video klip ni...jom kawan-kawan layan video klip ni jap...aku SANGAT2 la suke dengan Nichkhun dari 2PM ni...video ni aku suka sangat2 sebab Nichkhun sOooOoooo cutesssssssss.....korang tengok la muke dia tu....kiut miut sunggoh! harap2 korang terhibur la yer...







lagu ni pulak aku suke sgt2....I'll be back from 2PM gak...aku minat dengan 2PM pon sebab Nichkhun je.hehehe...jom sama2 kita layan...best lagu ni...!





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Wanita lebih suka coklat dari SEKS..betul ke??


Dah lama rasanya tak update blog ni..hari ini aku terbaca satu artikel pasal coklat so tergerak lak kat ati aku nak kongsi dengan korang semua...rata-rata ramai yang sukakan coklat ni termasuk la aku..hehehe..orang kata coklat lebih dikaitkan sebagai penyebab kepada kegemukan...betul ke?aku pun tak tau...entri kali ni aku bukan nak cakap pasal kegemukan tapi kaitannya dengan seks!

Korang tau tak kajian di United Kingdom yang dilakukan ke atas wanita British menunjukkan mereka lebih gemarkan coklat daripada memikirkan pasal seks..betul ke? Ini diakui sendiri stastistik yang dijalankan terhadap wanita, sebanyak 82% menunjukkan kecederungan lebih menginginkan coklat daripada seks. Manakala lelaki pula 60% lebih cenderung ke arah seks berbanding coklat...Nampak gayanya coklat lebih digemari dikalangan wanita tapi bagaimana pula dengan wanita di Malaysia...ha yang ni aku tak tau la pulak kan...kalau korang nak tahu tepuk dada tanya la selera masing2 yer....hehe
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bila isu payu dara jadi bualan...

Tak habis-habis lagi isu tentang TV3 yang menyiarkan satu topik yang dikatakan hangat iaitu membesarkan payu dara dalam sebuah segmen bual bicara kelmarin..Hari ini, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, memberi maklum balas tentang tindakan TV3 yang menyiarkan secara terbuka mengupas isu tersebut. Beliau menyatakan pihak TV3 tidak mempunyai niat lain selain menggalakkan diskusi terbuka dan berkongsi pengalaman berhubung topik tersebut.

Dalam Kosmo semalam, isu tersebut mencetuskan rasa kurang senang penonton kerana ianya dibincangkan secara terbuka. Siaran itu mengundang teguran pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh agama yang berpendirian topik itu tidak sesuai dibincangkan secara terbuka kerana ia adalah rahsia wanita. Ada pula yang berpendapat ketiadaan pakar agama yang dijemput bagi mengulas isu tersebut menjadikan program itu seakan-akan tidak sesuai dengan budaya masyarakat Islam.

Bagi aku isu ini tidak relevan untuk dibicarakan kerana ianya melibatkan rahsia sulit wanita. Tambah lagi akan menggalakkan kaum wanita melakukan pembedahan semata-mata untuk kelihatan menarik..yang ini memang tak sesuai dengan budaya Islam itu sendiri. Agaknya pihak TV3 ni tidak memandang serius tentang sensitiviti masyarakat yang menonton rancangannya. Lagi satu kekadang aku tengok surat khabar ni suka memanjangkan sesuatu isu. Hal yang kecil lama2 boleh jadi besar..kekadang naik tensen dibuatnya alih2 citer yang sama keluar..huhuhu...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

I fall in love with Angelina Jolie...oohhhh tidakk


Wow....she's really gorgeous...aku minat giler kat Angelina Jolie ni...sejak tengok citer The Tourist, aku rasa macam dah jatuh cinta dengan Angelina...oh tidak....hahaha tapi korang jangan salah faham yer...apa-apa pun dia memang comel giler...macam anak patung...she's really perfect! bertuah betul Brad Pitt dapat beristerikan Angelina Jolie ni...

Jom layan 'interview' Angelina dalam Majlis 'Golden Globe Awards 2011' semalam



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ada apa dengan blog?


Posting kali ini aku nak cerita sikit pasal blog. Ada apa dengan blog?aku nak tanya korang apa tujuan sebenarnya korang berblog? adakah tujuannya untuk berbisness atau untuk suka-suka sahaja menghabiskan masa lapang?kat sini aku nak kongsikan sedikit bagaimana nak tarik orang untuk setia dengan blog kita dan dalam masa yang sama membina pengaruh dalam berblog..!

Jom kita lihat bagaimana caranya...

Membina pengaruh positif iaitu mereka suka dengan tulisan kita. Pengaruh positif memberikan kesan yang baik kepada diri seorang blogger. Pengaruh jenis ini juga memberikan gambaran bahawa jenis pembaca blog anda adalah tergolong daripada mereka yang:

Sentiasa memuji setiap entri kita,

• Sentiasa berhubung setiap kali entri diterbitkan melalui ruangan komen,

• Menyokong pandangan yang kita berikan,

• Menyukai gaya penulisan kita.


Bagi membina pengaruh positif, beberapa langkah bijak perlu diambil bagi menerbitkan entri-entri di blog.

Langkah 1 – Gunakan Gaya Penulisan Tersendiri

Kesilapan yang paling besar dilakukan oleh blogger adalah mereka tidak menjadi diri sendiri. Ini dapat dilihat segelintir blogger menggunakan gaya bahasa yang ditiru bulat-bulat oleh blogger yang lain. Keunikan dalam berblog amat penting bagi membezakan diri kita dengan orang lain.

MULA MENULIS HARI INI. Laman kelamaan kita akan perasan bahawa kita semakin menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat sendiri dan berkongsi pengalaman menggunakan bahasa sendiri.

Langkah 2 – Pentingkan pembaca, Mereka adalah rakan karib kita

Jika kita dapat lihat, kebanyakkan blog-blog yang muncul tidak mementingkan kehendak pembaca. Mereka akan menulis ikut suka mereka dan langsung tidak mempedulikan apa yang pembaca mereka mahukan.

Anggaplah diri kita sebagai pembaca blog kita sendiri. Jika kita sendiri tidak suka setiap entri yang diterbitkan, maka tidak mustahil para pembaca yang lain juga akan mempunyai sifat yang sama.

Langkah awal bagi memahami pembaca adalah mengajukan soalan ini pada diri sendiri:

“Adakah pembaca aku akan dapat apa yang mereka mahu jika aku terbitkan entri ini?”

Jika jawapannya Ya!, maka kita sedang membina pengaruh.

Langkah 3 – Konsisten dan Kekal Fokus

Kekal konsisten dan fokus juga membawa kepada kejayaan blog dan membina pengaruh yang tiada tandingan. Konsisten dan fokus dalam konteks membina pengaruh adalah sentiasa memberikan sesuatu maklumat yang mereka inginkan. Sentiasa mengemaskini blog dengan entri-entri yang menarik.

Cuba anggap diri sendiri sebagai pembaca, bayangkan tuan empunya blog tidak mempunyai entri yang fokus pada topik, tidak mustahil kita akan meninggalkan blog mereka.

Jadi, sentiasa ingat bahawa kuasa membina pengaruh terletak pada blog post anda. Membina pengaruh bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia mempunyai proses yang kita perlu patuhi.


Semoga perkongsian kali ini membawa manfaat. Jom sama-sama praktis..Kalau korang rasa ada kekurangan, bolehla share kat sini yer...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pendapatan penoreh getah setanding penjawat awam


Wow...! biar betul gaji penoreh getah setanding dengan orang yang keje goverment..ishhh boleh caye ke? sumber ni aku dapat dari kosmo.
Berikutan kenaikan harga getah yang mencecah RM15 sekilogram sekarang, matlamat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan 350,000 keluarga pekebun kecil di seluruh negara mencapai matlamatnya, kata Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Beliau berkata, ekoran kenaikan harga komoditi tersebut, kini purata pendapatan keluarga pekebun kecil getah melebihi RM2,000 sebulan melepasi pendapatan paras kemiskinan bawah RM750 sebulan.

Abdul Rahim menjangkakan pendapatan pekebun kecil akan meningkat sehingga RM3,000 sebulan dalam masa terdekat iaitu setanding dengan pendapatan sesetengah penjawat awam.

ha...ape lagi pasni kita pakat2 keje toreh getah la pulak yer...gaji pon dah setaraf org keje gomen..tak payah penat2 keje ngadap pc lagi..huhuhu


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kontroversi PM Itali dengan gadis belasan tahun...


Tak abis2 dengan kisah kontroversi Perdana Menteri Itali ini dengan isu seksnya..Terbaru seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun, Karima El Mahroug mengaku Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi memberinya 7,000 euro (RM28,615) ketika dia menghadiri parti Hari Kekasih pada tahun lalu.
Menurutnya, dia menghadiri parti itu di sebuah vila milik Berlusconi tetapi menjelaskan mereka tidak melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun, pendakwa raya di Milan melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa Berlusconi membayar gadis bawah umur itu untuk melakukan seks dan menggunakan kuasa yang ada untuk menutup kesalahan itu.
Remaja itu lebih dikenali sebagai Ruby berbanding nama asalnya merupakan penari di sebuah kelab malam.

Ketika sesi temu bual dengan stesen televisyen Sky TG24 kelmarin, Ruby mengaku bahawa dia menyamar sebagai wanita dewasa yang berumur 24 tahun ketika menghadiri parti itu.

Menjawab soalan kenapa Berlusconi memberinya wang itu, Ruby menjawab: "Saya baru sahaja sampai ke Milan pada ketika itu dan dia tahu kesusahan keluarga saya. Dia ingin membantu."
Menurut Ruby, Berlusconi tidak mengetahui bahawa ketika itu dia merupakan remaja bawah umur.

Pada Jumaat lalu, pendakwa raya menghantar notis saman untuk perdana menteri itu dan peguamnya hadir untuk disoal siasat berhubung isu tersebut.

Laki mane yang tak 'terliur' tengok gadis lentok macam ni...huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lawak lawak memang lawak...hahaha


Jom layan citer lawak....hahahaha


Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau



di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.


Peserta pertama dari Amerika..


Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.
Peserta kedua dari Jepun..


Baru 10 minit dia sudah pengsan.
Peserta ketiga dari Afrika,


Baru 30 minit dia terus keluar dan muka biru.


Peserta keempat tu dari cina nie tokey B*** dah masuk dekat sejam x kuar, so
diorang ingat dia la menang bila dia kuar.


Tapi ader lagi hebat.
Terakhir peserta dari Bangladesh ...


Baru masuk xsmpai 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah


Hahaha...agak2 bau mcm mana yer bangla tu.....perghhhh! tak terkata baunya....hahaha


Jom layan citer ni pulak

Sepasang suami isteri berjumpa doktor atas masalah kesuburan.


suami: doktor, isteri sy ni terlalu subur. setiap tahun mesti beranak 1. dah 10 thn kami kawin dah 10 anak kami yg lahir. apa jalan penyelesaian.


doktor: oh itu senang saja. kamu gunakan kondom bila nak lakukan hubungan.


suami: mcm mana cara gunanya?


doktor: kamu sarungkan seperti ini. (doktor itu menunjukkan contoh dengan memasukkan kondom tadi ke jari telunjuk beliau)


setahun kemudian pasangan itu dtg lg.


suami: doktor tipu!! setiap kali melakukan hubungan sy akan pakai kondom tetapi kenapa isteri sy masih hamil. sekarang anak sy sudah 11 org.


doktor: mustahil.. kamu pakai mcm mana?


suami: mcm yg doktor suruh. setiap kali sy main sy akan masukkan kondom ke jari telunjuk sy.


doktor: oh... salah tu. kamu mesti masukkan kesitu (sambil doktor itu menunjukkan kearah kemaluan suami tadi) tapi kamu kene masukkan ketat2 jgn longgar2. mesti kemas2..


suami: baiklah sy akn cuba lg.


suami itu keluar dengan perasaan yg marah. setahun kemudian... pasangan itu dtg lg.


suami: doktor tipu!!! sy dah ikut apa yg doktor cakap thn lepas. tapi kenapa isteri saya masih hamil??? skrg anak sy dah 12 org


doktor: mustahil.. kamu pakai mcm mana?


suami: doktor kata kene pakai kemas2 jgn longgar2. so bila sy pakai sy nampak kondom tu terlebih sikit kat hujung dia. sy potongla bg nampak kemas.


doktor cuma gelengkan kepala...buat penat aku cakap je..hahaha


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ape kaitan The Tourist dan Hantu Kak Limah Balik Rumah?




Salam kawan2...

Minggu lepas baru berpeluang tengok citer The Tourist lakonan Angelina Jolie dan Johny Depp.
Actually dorang ni dua2 aku minat dan yang penting aku betul2 suke tgk Angelina..she's really gorgeous!
citer dia best gak..sebenarnya aku tak plan pun nak tgk citer ni. Plan yang sebenar-benarnya nak tgk citer Hantu Kak Limah Balik Rumah tapi disebabkan tiket time tu dah sold out so tengok je la citer mane yang ada..so adik aku beli 4 keping tiket The Tourist.

Sebenarnya keinginan nak tgk citer kak limah tu membuak2, kecewa gak la time tu sbb asalnye mmg dah book tiket tu tapi yang sedihnye sebab smpai lambat kat panggung disebabkan hal2 yang tak dpt dielakkan..
sementara duk tengah tunggu nak msuk panggung, tunang adik aku ni ternampak la member dia tgh beli air agaknye dia pun nak tgk wayang gak la kot..tup tup tunang adik aku ni terkejut tengok kat sebelah member dia ni tiba ade pompuan datang..rupa2nya dia nak tgk wayang dgn pompuan tu la kot...msa tu dorang tak perasan lagi yang kitaorang ade kat situ gak..tunang adik aku ape lagi terus ambik henpon amik gambar dorg sebgai bukti...baru tu la dorg perasan yg ade org tgh amik gambar dia..hahaha..kantoi sbb tak pernah nampak member dia kuar dgn pompuan...pompuan tu nampak sombong sikit la maybe dia tak berapa suke dgn kitorg kot..tak tau la kan..aku agak je.

Sementara nak tunggu wayang kul 11 mlm so kitorang jenjalan la kejap..tgh2 duk jalan tu tiba2 kitorang terserempak dengan member tunang adik aku ni sekali lagi..ingatkan dorg dah masuk panggung sbb citer yang dorg nak tgk tu patutnya lagi 15 minit dah kena masuk. last2 member tunang adik bagi tiket dua keping siap dengan popcorn yg kotak besar tu sekali dgn air anggur..ape citer beb! duk sembang2 kejap rupe2nya awek dia tu merajuk! ape kes nak merajuk2...hahahaha..so kitorg pikir2 maybe pompuan tu tak suke la kot tunang adik aku ni amik gambar dia secara senyap2..ishhhh2....ade gak pompuan macam tu ek..tapi bagus gak dia merajuk at least dapat 2 tiket free...hehehe..nak2 lagi tiket tu citer hantu kak limah balik rumah...hahaha..ape lagi aku dgn adik aku yang sorg lagi tu trus cepat2 masuk panggung sbb masa tu dah nak start....akhirnya tercapai gak hasrat kitorg nak tgk citer tu..yang bestnye siap dengan popcorn yg kotak besar dgn air sekali tuuu...memang rezeki kitorg la mlm tu..pas abis je citer tu trus ke panggung sebelah lak tgk citer The Tourist...tapi sayang nya dapat tgk separuh je...huhuhu...tapi takpelah yang penting malam tu betul2 puas dapat tgk dua movie....bile pikir2 balik kelakar pun ade bile pikir balik tentang pompuan yang merajuk tu.....hehehe
    
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lady Gaga jana pendapatan RM305 juta??


Wow....!!!Lady Gaga dijangka peroleh RM305 juta tahun ini

Penyanyi yang gemar berpakaian pelik, Lady Gaga, dijangka memperoleh pendapatan AS$100 juta bersamaan dengan RM305 juta tahun ini mengikut anggaran yang dibuat oleh majalah bisnes Forbes, lapor sebuah akhbar semalam.

Lady Gaga yang nama sebenarnya Stefani Germanotta dan terkenal dengan lagu Poker Face itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$64 juta (RM195 juta) sebelum ini.

Majalah itu juga mengatakan, Gaga akan terlibat dengan jadual jelajah konsert yang ketat menerusi 41 persembahan dalam tempoh enam bulan selain mempromosi album terbarunya Born This Way.

Album terbaru Lady Gaga itu dijangka berada di pasaran pada Mei depan.

Lady Gaga turut memperoleh pendapatan sampingan lain menerusi perjanjian produk dan kerjasama dengan syarikat VirginMobile serta Polaroid.

Giler kentang betul la...nasib badan la...tu la yang bestnye jadi artis luar negara..tak main ribu riban lagi dah nah terus juta dollar tu...kalau artis Malaysia jangan harap la nak dapat pendapatan macam tu..alamaknye gigit jari la weh...hehehehe
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nuffnang oh Nuffnang...


Hai NUFFNANG, bila la agaknye aku nak dapat buffering earning ni...tapi takpe aku sanggup menunggumu..dan akan ku setia pada mu seorang...hahaha...macam dah jatuh cinta pulak pada nuffnang..pelik sunggoh...hehehe...yang aku dok risau sgt pasal nuffnang ni kenapa...org lain dah blog berzaman pun belum tentu dapat earning lagi betul tak???


Kat sini aku nak kongsikan kat sini beberapa tips pasal nak tingkatkan 'conversion rate' iklan nuffnang (nak bagi tips konon diri sendiri belum dapat hasilnya..hahahaha-ini untuk perkongsian sahaja, kalau korang rasa ianya tak berguna tolong abaikan jelah ok)


Untuk menjana pendapatan lumayan dengan nuffnang, status keahlian dengan nuffnang mestilah Glitterati..
Dulu, masa aku mula2 berblog dalam sehari je aku dah dapat status Glitterati...macam mana nak dapatkan status glitterati ini?


- korang kenalah rajin update blog
- kena SETIA pada nuffnang je dengan kata lain jangan masukkan iklan2 lain seperti Adverlets, Innity, Mangga Ads sebagainya..
- jika dapat status 'ordinary' atau ahli biasa cepat2 contact nuffnang untuk mengembalikan status glitterati dengan menggunakan ayat2 manis..




Korang tau tak ape kelebihan status keahlian Glitterati??meh aku bgtau meh...Dengan status keahlian Glitterati:-


1. Earning akan meningkat sebanyak 20% sehingga 50% berbanding nuffnang ahli biasa.
2. Payment rates CPC - Minimum RM0.25 per klik berbanding RM0.15 sahaja bagi ahli nuffnang biasa.
3. Payment Term - Bayaran akan dapat dalam masa 30 hari selepas cash out berbanding 60 hari bagi ahli nuffnang biasa.
4. Peluang pengiklanan lebih cerah berbanding ahli nuffnang biasa

5. Aktiviti komuniti - peruntukkan sebanyak 70% kepada ahli glitterati berbanding 30% kepada ahli biasa

Bila aku jenjalan kat blog orang lain, aku tengok ramai lagi yang belum meletakkan iklan Nuffnang di blog masing-masing. Mungkin sudah banyak duit, atau diorang masih tak tahu yang Nuffnang memang membayar ahlinya…aku pun tak tahu. So, kalau nak merasa hasil Nuffnang ni rajin2 la hias blog korang dengan iklan Nuffnang yang comel tu.hehehe





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Durian runtuh buat pemain Malaysia


Wow....KERINGAT dan pengorbanan 25 anggota skuad Harimau Malaya yang menamatkan penantian 14 tahun Malaysia untuk menjuarai Piala Suzuki AFF ternyata berbaloi apabila kerajaan memperuntukkan ganjaran sebanyak RM1.625 juta dalam bentuk saham amanah dan wang tunai buat mereka..

Daripada jumlah itu, pemain dan jurulatih kebangsaan menerima RM65,000 setiap seorang yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis ramah mesra meraikan pasukan juara itu di kediaman rasminya di Seri Perdana semalam.



Ganjaran yang diberikan dalam bentuk unit saham Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 bernilai RM50,000 serta wang tunai RM10,000 manakala RM5,000 pula menerusi Skim Hadiah Kemenangan Atlet Malaysia (Shakam) Majlis Sukan Negara (MSN).

Untungnya jadi pemain bola sepak ni...menang je terus dapat ganjaran lumayan...bertuah betul mereka-mereka ini..itulah orang cakap tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu...siapa yang rasa-rasa nak jadi jutawan megi segera boleh la jadi pemain bola sepak yer....masyukkk beb...
















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Alahai Fasha


Tak habis-habis dengan kontroversi..apa nak jadi la dengan seorang artis ni yg empunya nama Fasha Sandha. Aku masih ingat lagi yang dia pernah ditanya oleh wartawan apa azam baru beliau untuk tahun 2011 ini...dan azamnya tahun ini untuk memperbaiki kelemahan diri dan menjadi insan yang lebih baik....tapi sayang nya tup tup tiada angin tiada ribut keluar kontroversi isu pemakaian bikini di pusat percutian terkemuka di Indonesia iaitu di Bali...

Dengar cerita pemergian Fasha Sandha bercuti ke Bali, Indonesia bersama rakan-rakannya baru-baru ini didakwa bukan untuk meraikan sambutan tahun baru 2011 seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya untuk melepaskan tekanan perasaan.

Pemergiannya ke pulau peranginan berkenaan adalah kerana kekasihnya, Rizal Ashram Ramli, atau lebih dikenali sebagai Jejai menyertai keluarga serta bekas isterinya, aktres Nora Danish, makan angin ke Jepun.


Dan menurut seorang rakan beliau, Jejai dikatakan pergi ke Jepun untuk meraikan hari jadi anak tunggalnya bersama Nora Danish, Putera Rayqal Rizal Ashram, yang jatuh pada 7 Januari lalu.

Fasha terasa hati, mungkin sebab itu dia membuat keputusan untuk bercuti ke Bali bersama rakan-rakannya itu selepas Jejai ke Jepun bersama bekas isterinya itu..terasa hati takkan lah sampai 'memusnahkan' diri sendiri...tak faham betul aku...dia tak fikir ke ramai mata yang memandang kat situ dan dengar ceritanya kawan dia sendiri yang 'upload' gambar santainya kat dalam facebook...apa punya kawan daaa...

Ishhhh ishhhh..alahai Fasha ku sangkakan hujan hingga ke petang rupanya hujan di tengahari...itulah lumrah kehidupan manusia..tak semestinya apa yang kita rancang akan betul-betul mengikut 'jalannya'. Kita hanya mampu merancang tetapi selebihnya hanya Dia yang menentukan segala-galanya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

The Climb ~ Myley Cyrus

Aku suke sangat lagu ni...memberi seribu pengertian pada aku...life is BEAUTIFUL but not always beautiful....jom layan....




I can almost see it
That dream I'm dreaming but
There's a voice inside my head sayin,
You'll never reach it,
Every step I'm taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what?s waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing,
The chances I'm taking
Sometimes they knock me down but
No I'm not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I'm going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on, cause

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It's all about
It's all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

He's Beautiful

He's Beautiful a.k.a You're beautiful

Psssttt...ni citer korea yang aku follow

sekarang..citer dia not bad best gak dan

yang paling penting kelakar...aku suke

hero dia Tae Kyung a.k.a Jang Geun

Suk...muke dia ala2 mcm pompuan

 skit...nak2 lagi kalo tgk cara pemakaian

dia perghhh...smart giler beb...heroin lak

 nama dia Go Mi Nam a.k.a Park Shin

Hye..watak dia dlm citer ni asalnye

sebagai rahib tp disebabkan dia join

group Tae Kyung iaitu A.N. Jell dia terpaksa

menyamar jadi

laki...so far aku tgk dia mmg sesuai jadi laki

disebabkan rambut

dia yg pendek dan yg paling penting pakaian

dia stylo abis....pada

korang sume yg follow citer ni gak jangan lupe last episod pada

12/1/11 ni kat 8tv ok...stay tune....tp kalo korang tak sabar nak tau

ending dia mcm mane korang leh tgk online kat sini atau pon kat sini .
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lawak antarabangsa...hahaha

Ada seorang pak cik yang bernama Pak ADI yang sangat kaya. Setiap hari beliau

akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak ADi dah

pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menympan RM1000 nya.

Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh

Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya.


Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menyimpan RM1000 dibank.Apa kerja pak cik?

Pak ADI : Saya ni sebenarnya takde kerja encik. Cuma saya suka bertaruh.

Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu

dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya

jangan haraplah nak menang.

Pak ADI : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak ADI: Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan

telur encik.

Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar

encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.


Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi

Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada.Begitulah seterusnya hinggalah

sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada.......Dengan

suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak ADI.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..

Pak ADI : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...Lalu

dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak DI pun berkata..Okaylah..

Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni.

Pak ADI pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pakcik. Hari

ni pak cik tak dapat pergi bank lagi laaaa keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak ADI mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank. Manager

tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak ADI.....

Manager: mana pak cik dapat duit sebanyak tu?


Pak ADI : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak ADI : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.....

Manager : Tak guna punya orang tua..
 
 
hahahahahaha.....last2 manager tu yg terKENA!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Solat Subuh di Masjid ~ Renungan buat semua

Solat Subuh di Masjid


Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid .


Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah,

dia berganti baju, berwudhu dan LAGI,
berjalan menuju masjid .
Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.

Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju,
berwudhu dan berjalan menuju masjid .
Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab

"Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .
Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang

membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.
lelaki itu menolak..

pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan,
lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.
lelaki itu menjawab

 
Aku adalah IBLIS (syaitan)

 
Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Syaitan kemudian menjelaskan,

'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,

dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masjid ,

Allah memaafkan semua dosa2mu.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah ,

kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.
Saya RISAU jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,

jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'

Jadi, jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.

Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat

dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .


Renung2 kan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS