Selamat bercuti pada semua dan tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia kerana telah berjaya menjulang buat pertama kalinya Piala Suzuki AFF 2010...korang semua memang best la...thanks coz make me proud to be Malaysian....
.
.
.
.
.
dan tidak lupa juga SELAMAT TAHUN BARU 2011....moga tahun baru ini menjanjikan yang terbaik buat kita semua.....InsyaAllah!


Thanks for the Add Profile Graphics and Comments

PEACE...NO WAR!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

The top strangest buildings in the world........

Jom korang layan gambar-gambar ni jap................

                
                                         1. The Crooked House (Sopot, Poland)

                                          2. Mind House (Barcelona, Spain)

                                          3. Stone House (Guimaraes, Portugal)

                                          4. Cathedral of Brasilia (Brazil)

                                          5. Kansas City Library (Missouri, USA)

                                                  6. Rotating Tower (Dubai, UAE)

                                          7. La Pedrera (Barcelona, Spain)

                                          8. The Church of Hallgrimur (Reykjavik, Iceland)

                                          9. The Basket Building (Ohio, USA)

                                          10. Atlantis (Dubai, UAE)

                                                  11. House Attack (Vienna, Austria)

                                          12. Ideal Palace (France)


Banyak lagi gambar yg top2 tapi disebabkan aku malas nak upload so korang layan jelah gambar2 ni ek....:-p
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cara-cara hilangkan rasa bosan....

Mai nak tunjuk cara nak hilangkan cemuih keja...sengai2 badan...fed up tengok komputa....


1. Mola2...caghi lalat, tibai bagi mampoih, tapi jangan sampai terpenyet...


2. Ambik ketaih, susun lalat2 yang mampoih tadi ikut kesukaan...


3. Lukih apa patut menggunakan imaginasi/kepala otak bergeliga tu...


4. Hasilnya.....tadaaaaa..... mcm kat bawah ni... kalau nak meriah lagi...boh lam frame....


5. Bleh gak guna menatang lain...contohnya lipaih, lipan, katok, belalang, kutu, riang2... nak besaq lagi..bleh guna kera, labi-labi, kambin biri2 ka....












PS - disebabkan oleh info yg aku dapat ni dari org utara so ayat2 kat ats tu gune slang utara..harap korang enjoy....selamat mencuba yer...hehehehehe
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Hai..korang penah tak alami situasi sepert kat bwh ni...kalo tanya kat aku ade la kena ckit2! hehehe...


Monday                                            Tuesday
          

Mad as hell!                                     Slowly coming out of it...



Wednesday                                       Thursday
       


But not quite there, so watch it!    The end of the week is in sight



Friday & Saturday                           Sunday Afternoon       

      

TGIF! Luv my Saturday!                Oh-oh!


Sunday Night








Here we go again!

hahahah...muke mcm ape ntah....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

I miss you......



Dedicate to someone special in my life...
                            .
                            .
                            .
                            .
thanks 4 being my lover for all this while...
                            .
                            .
                            .
                            .
wish all the best in whatever you do....
                            .
                            .
                            .
                            .
our love never ending story........................
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Kawan-kawan jom layan iklan ni jap....



Yeah!!! Malaysia boleh!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kisah tauladan la sangat!

Hari ni aku rasa nak blog je manjang...rasanye tak salah kan aku nak update blog aku yg buruk nih..buruk ke??iyelah aku tgk blog korang 'gempak' jer..blog aku je mcm kureng skit tapi takpelah yang penting aku hepi sejak ade blog ni..tak kisah la buruk ke lawa ke yer dak??
~
~
~
ari ni aku keje tp disebabkan aku mls nak buat keje so keje aku skang ialah berblogging..hohohoh...
~
~
~
haaa....aku nak citer kat korang ni kejadian yg berlaku kat aku pagi rabu yg lepas..pagi2 aku gi keje naik keta tp disebabkan tempat keje aku jauh nun kl di sana so aku cuma park keta kat komuter je...so tetiap ari mmg aku naik tren dgn bas jek..mesti korang terpikirkan jauhnye tempat keje aku..tapi aku dah biasa dah travel jauh2 ni so tu bkn satu masalah bg aku...
~
~
~
ade la pagi tu aku naik tren terserempak dgn sorg pompuan nih..aku pnh la nampak pompuan ni sbb dia pon naik bus skali dgn aku...sejak dua menjak ni je pn aku nampak dia sebelum ni tak pnh nampak btg idung pon...ari ni dia pakai bju kurung dgn kasut yg high heel..
~
~
~
mcm biasa time tggu bus je ramai la mamat2 bangla dgn indon dok tggu bus sama2 dgn aku n dia ni skali...so masa dok tggu bus dtg, aku pon jalan ke depan melintasi pompuan ni..then korang tau ape dia ckp??? dgn lagaknye she said "excuse me!"..terkejut berok aku dia ckp mcm tu..dlm ati aku ishhh kecoh btl la pompuan ni mcm la aku langgar ko! korang tahu tak ape balasan nye manusia yg suke berlagak mcm ni?? nak dijadikan citer tiba2 dia potong jalan aku tup tup tup......dia terjatuh! Ya Allah terkejut giler aku!...semua mamat2 bangla dgn indon yang ada kat situ masing2 tgk aksi dia tu..aku lak dgn lagak biasa trus naik bus...
~
~
~
dlm bus aku terpikir2 agaknye itulah balasan pada org yg suke berlagak..kalo tuhan nak bg balasan time2 tu jugak Dia bagi..so 'morale of the story' janganlah kita berlagak sombong kerana kita sebagai manusia ni banyak kelemahan dan tak sempurna....pikir2kan lah kisah aku ni...tauladan la sgt kan!hehehe...adiossss
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kebaikan Coca-cola


Kebaikan COKE..cuba korang fikir2kan....

Memang sedap air nie. Sedap giler! korang pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korang tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!

"Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Korang di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh... mesti buat overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.


Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!



Kalau korang tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Korang minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.... :-)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT



Barisan pertama:


Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :

"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".

Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah

"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."

Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking

"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.

Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut

"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar

"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.

Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.

Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.

Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.

Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.

Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang nota ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain..

so, pikir2kan golongan manakah kita berada??? wink2...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Info yang perlu kita tahu...


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca pasting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.


Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?


Maka saya hendak bertanya kepada anda.


Adakah anda tahu apa itu istidraj?


Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?


Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.


Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.


Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.


Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.


Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,


“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”


Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.


Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.


Nah… Apakah itu yang kita mahu?


Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?


Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”


Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.


Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.


Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.


Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.


Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.


“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”


ALLAH menjawab,


“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”


Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,


“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”


Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.


Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?


Saya yakin tidak..


Anda tenang sekarang?


Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.


Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

 
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.


Wallahualam
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nyum-nyum sedapnye.........








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nikmat itu kadang kala membutakan kita...

Apabila diselubungi nikmat, kita selalunya lebih buta dan kurang prihatin. Apabila kita ditimpa sesuatu musibah barulah kita tahu betapa bererti dan berharganya sesebuah perhatian itu. Tatkala kaki kita masih boleh berjalan, kita tidak sedar betapa berharganya nikmat itu sehingga suatu hari kita dapati kita tidak lagi dapat melangkah. Tatkala itu kita berharap simpati agar ada orang sudi menjenguk kita dan membantu kita, kerana kita tidak mampu melakukan sendiri.

Selagi belum sakit kita jarang mahu mengerti perasaan orang yang terpaksa berjuang dengan penyakit-penyakitnya. Kita tidak fikir ziarah ke hospital itu sesuatu yang patut dilakukan dari masa ke masa, demi memuhasabah diri. Kita tidak fikir menyumbang sedekah untuk pusat-pusat orang kurang upaya itu penting dilakukan.  Selagi tidak melihat sendiri seorang ibu dengan 3 orang anaknya yang masih kecil mengais-ngais tempat pembuangan sampah, kita seperti tidak percaya dengan makna kemiskinan. Tatkala kita benar-benar susah wang ringgit, jarang kita mahu mengerti  erti fakir.

Selagi kita sihat kita tidak fikir berertinya sebuah perhatian. Setelah kita sakit baru tahu betapa pentingnya kita dijenguk orang – ditanyakan keperluan-keperluan kita, ditanyakan tentang makan minum kita, mahupun ditanyakan tentang ahli keluarga kita yang terpaksa hidup sendiri itu.

Manusia yang lebih baik ialah manusia yang lebih banyak memberi manfaat kepada manusia lain. Dia hidup dalam suasana hari ini adalah lebih baik dari semalam.  Belumlah seseorang itu boleh dikatakan luarbiasa bagus dan hebat sekali, jika sumbangan-sumbangannya hanya terhenti setakat untuk dirinya sendiri.

“Allah s.w.t. meningkatkan darjat orang yang beriman di antara kamu dan juga orang yang dikurniakan dengan kelebihan beberapa darjat.” (Al-Mujadalah: 11)

Seorang ahli falsafah berkata, “Anda alim lalu berjaya masuk syurga, anda tetap bersalah kerana membiarkan orang yang tidak mengerti di sekeliling anda masuk neraka.”
Apabila diselubungi nikmat kita selalunya lebih buta dan kurang prihatin.  Apabila kita ditimpa sesuatu musibah barulah kita tahu betapa bererti dan berharganya sesebuah perhatian itu.

Fikir-fikirkanlah ….
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Serabutnya.....

Hari ni pale aku rasa serabut sgt2..sedih sgt2 dgn hidup aku ni...kat sini la tempat utk aku luahkan perasaan..takde sape pun leh paham ape yg aku rasa...hidup aku slalu diselubungi kesedihan...dari dulu smpai la sekarang...kekdg aku pikir utk ini je ke aku hidup kat atas dunia ni...nape hidup aku tak se'hepi' org lain..bile pikir balik dunia ni tak adil...tp aku tak leh pikir mcm ni sbb aku hamba Allah aku kena redha dgn ape yg telah ditakdirkan utk aku...aku benci dengan manusia hipokrit yg suke amik kesempatan ats kelemahan org lain...bile susah je aku jadi mangsa tp bile dah senang trus ilangkan diri...inikah yg dinamakan manusia?aku benci dgn manusia mcm ni...aku sedar aku hanya manusia yg lemah yg byk sgt kekurangan...disebabkan rasa syg aku yg terlalu menebal org mudah amik kesempatan kat ats aku...bodohkah aku?atau ati aku terlalu lembut smpai org pijak kepale pun aku masih leh bertahan...tapi sampai bile????lemahnya aku sbb aku takde kekuatan utk hadapi semua ni...Ya Allah ya tuhanku...aku mohon padaMu, Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran utk aku hadapi semua ni...moga aku tabah hadapi segala2galanye....amin
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Berusaha, Berdoa dan Bertawakkal kepada Allah



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”

Riwayat Ibn an-Najjar
Huraian:
Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.

Kemiskinan itu kadangkala boleh membuatkan aqidah seseorang terpesong di mana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan yang dihadapi itu untuk mempengaruhi ke arah kesesatan. Oleh itu kemantapan iman sangat penting, jangan sampai menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup.

Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.

sumber : hadis.feryco.com
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Impian aku....

Aku jadikan blog ni sebagai tempat utk luahkan perasaan apa yg aku rasa dlm hati aku ini...pada mulanya tujuan blog aku ni diwujudkan adalah utk buat bisness tapi memandangkan aku tak berapa reti nak bermadah pasal bisness so aku tulis aje ape yg terlintas kat fikiran aku ni...tapi jauh disudut hati aku nak terlibat dalam perniagaan internet..

Kalau ditinjau2 balik sebenarnya dah lama aku menceburkan diri dlm perniagaan internet seingat aku sejak tahun 2008..masa tu join hanya untuk suka2 sahaja dan business yg pertama aku join ialah sebagai jurutaip sambilan dirumah..dengan harga yg dijual pada masa itu sebanyak RM20 mampu gak aku bertahan sehingga ada satu ketika jualan telah melebihi jangkaan aku sehingga mencapai lebih RM200...bayangkan dengan hanya berbekalkan modal RM20 aku mampu memperoleh sehingga RM200...lumayan bukan ;-)

Dengan ketiadaan pekerjaan masa tu dengan internet inilah cara utk mencari duit..aku takde keje pun sebab aku terpaksa behenti dek kerana masalah yang tak dapat dielakkan..samada nak percaya atau tidak dengan duit hasil internet ni la aku dapat berjumpa dengan someone special nun jauh di kedah sana. :-) duit tu aku guna buat tambang bas dan makan.hehehe..Memandangkan masa tu aku tak serius dlm biz internet so aku stop lepas dpt keje lain...

Bila pikir2 balik rasa menyesal pulak sebab aku berhenti separuh jalan sahaja sedangkan potensi utk menjana pendapatan melaui internet terbuka luas..rasa rugi pun ada..huhu tapi apakan daya semua itu ketentuan Yg Maha Esa...so nak menyesal pun dah tak guna..Sejak bulan Julai yg lepas aku mula mencari sumber utk mengaktifkan diri balik dlm perniagaan internet..cari punya cari last2 aku jumpa dengan website ni wangcyber.com. Kat sini la aku dapat maklumat tentang perniagaan internet..baru aku sedar rupa-rupanye bisness internet yg aku buat dulu adalah SCAM! yang berunsurkan penipuan semata-mata. Kini minda aku semakin terbuka luas..aku dapat bezakan antara perniagaan internet yg sebenar dengan yg palsu...dan hasil tinjauan aku ada seorang umat manusia yg betul2 buat aku kagum dengan dia...disebabkan 'kekaguman' aku itu maka aku ada terbeli satu produk keluaran beliau dan produk tersebut dijual macam goreng pisang panas pada bulan Ramadhan yg lalu dan kebanyakkan jualan yg terhasil adalah melalui Facebook! antara percaya atau tidak tapi itulah hakikatnya...betapa besarnya pengaruh facebook ini yg bukan sahaja bertindak sebagai laman sosial malah boleh dijadikan sebagai medium pemasaran produk...dan aku juga turut serta mengambil bahagian dalam penjualan ebook yang dinamakan  Ebook SplitAffiliate ini dan bertindak sebagai agen affiliate..dan hasilnya amatla sukar utk dipercayai..buat pertama kalinya aku mendapat hasil dari affiliate...gembira bukan kepalang lagi...dah la masa itu time nak raya apa lagi duit tu ibarat macam duit raya bagi aku...Alhamdulillah syukur sangat2 dengan rezeki yg Allah bagi...:-)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pesanan Buat Kekasih - Spring | ~ Berhenti Berharap ~

Pesanan Buat Kekasih - Spring ~ Berhenti Berharap ~
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS



lagu ni betul2 menyentuh ati aku...sedih pedih nye dengar lagu ni...ibarat mcm aku dgn dia..
dia lebih pentingkan harta benda sedangkan aku tak mampu nak bagi ape yg dia nak....sesungguhnya aku tak mampu................;-((

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bila Diri DiSayangi - Ukays

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bila Cinta – (OST Lagenda Budak Setan)




Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Masih rindukah aku padanya....?

Rindu kah aku pada dia??aku sendiri takde jawapan..setiap kali aku berbaik dgn dia tp setiap kali itu lah dia tipu aku..ati yg rindu tetiba jadi benci..tapi setakat manakah kebencian aku pada dia? biasanya ia hanya bertahan utk seminggu sahaja pastu perasaan rindu kembali bertaut kat ati aku ni...sampai bile aku nak mcm ni...?!aku ingt lagi masa aku tgk program tv minggu lepas ada seorg panel tu cakap 'cinta berlandaskan kpd dua perkara iaitu cinta menggunakan ati & perasaan dan lagi satu cinta mggunakan akal pikiran..cinta yg lebih kepada ati membuatkan kita lebih terarah melakukan sesuatu yg diluar jangkaan pikiran kita lebih kpd sesuatu yg negatif....tp cinta mengikut akal pikiran lebih menjurus ke arah perbuatan yg positif...so aku pikir2 kategori manakah aku berada?? maybe cinta aku lebih mengikut ati dan perasaan..disebabkan terlalu ikutkan ati ni lah smpai sekarang aku tak leh nak lupekan dia....Ya Allah...aku sendiri tak tau nak buat mcm mane....sejujur-jujurnya ati aku masih sygkan dia...susah utk aku lupakan sume kenangan kami...itulah yg buat aku berat sgt nk lupekan sume tu..aku terlalu sygkan dia..ati aku ni mcm dah tertutup utk sume org...apekah yg harus aku buat????aku cuba utk baiki keadaan tp setiap kali itulah ade je yg tak kena kat depan mata aku...yg paling pedih sekali bile dia tak jujur..aku benci org yg tak jujur..org yg hipokrit...susah sgt ke nak jujur???aku pun pelik nape dia buat mcm tu.....apa salah aku???sedangkan selama ni aku tak pernah sekali curang dgn dia...aku akui kekadang sikap pns baran aku terlebih tapi aku marah pun bersebab bkn kata nak marah suke2...adoiii pening kepale aku....ape yg perlu aku buat tok lupekan sume ni...Ya Allah ya tuhanku..Kau berikanlah kekuatan pada aku..amin


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pesanan Buat Kekasih - Spring

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Malam ini...

Mlm ni terasa sunyi sgt2..tak tahu nape tapi yg pasti aku rindukan sesorg yg tak mungkin aku dpt milikinya lagi..sedihnya bila ungkapkan kata2 tu tapi aku kena terima hakikat yg teralu pedih utk aku telan..ari ni dah msuk 4 syawal tapi ati aku terasa kosong sgt2..maybe tingatkan si dia yg selama ini mmg selalu berada dlm ati aku ni..rasanya dah hampir 5 tahun dirinya bertakhta di ati aku...rindu yg terlalu menggunung kat dlm ati ni hanya tuhan jelah yg dpt ungkapkan ape yg ada dlm ati aku..sedihnya...tak dpt diungkapkan dgn kata2..kalo dikenang kembali ape yg aku lalui bersama dia huh terlalu indah tok dikenang..setiap kali ingt saat2 tu setiap kali itulah air mata aku jatuh ke pipi ni...hanya tuhan jelah yg tahu perasaan aku ni...

ape yg perlu aku buat tok ilangkan rasa syg ni???kekadang aku keliru dgn perasaan sendiri..tapi hakikatnya mmg aku terlalu sygkan dia..pdhal dia byk menyusahkan hidup aku selama ni tetapi kenapa aku tak boleh nk membenci dia..kenapa???hanya rasa syg yg ade sedangkan perasaan benci jauh sekali..kenape sume ni berlaku?why?????kenape ianya berlaku pd diri aku ni...bknnya aku tak penah kapel sebelum ni tp kenape kali ni susah sgt aku nk lupekan segala2nya...aku pikir2 mungkin dia dah jadi sebahagian dlm hidup aku...sejujurnya mmg aku dah tak boleh nak menerima insan len dlm hidup aku..hanya dia yg bertakhta di ati aku kini, sok, lusa dan selamanya...hanya dia yg aku cinta...aku selalu berdoa pd tuhan moga dibukakan pintu atinya utk menerima aku kembali mcm dulu...alangkah bahagianya hidup aku jika cinta kami bertaut kembali mcm dulu..ntahlah..

aku tahu dia pun sama mcm aku tak boleh lupekan saat manis ketika bersama dulu..bukan senang nk lupekan sume tu..tapi ego mengatasi segala2nya...dia terlalu ego dan tak pernah mengakui kesilapan yg pernah dia buat..aku dipersalahkan atas segala2nya..aku sedar aku pernah buat silap dulu sbb abaikan dia..tak bagi ape yg dia nak tp aku tak leh terlalu manjekan dia dgn wang ringgit..salahkah aku bertindak mcm tu???selama aku kapel dgn dia tak pernah skali aku curang dan tak jujur dgn dia..pada aku dialah segala2nya...dia la nyawa aku..tp aku silap sbb terlalu taksub dgn cinta sampaikan aku tak pernah terpikir yg perkara ini akan berlaku..ape yg aku pikirkan waktu tu hanya keseronokkan tak pnh terlintas yg perpisahan akan berlaku...daifnya aku saat tu kenapelah aku tak pikir semua ni..kalo dari awl2 akan berlaku mcm ni mungkin aku takkan terlalu menyayangi dia..tapi itu semua telah ditakdirkan dan aku tak mampu nk melawan takdir..aku kena tima hakikat tu walaupun terlalu pedih...saat aku tulis note ni aku terlalukan rindukan si dia..hnya dgn kata2 inilah yg mampu aku luahkan rasa didlm ati ni...SAYANG, i love u so much...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS