Mertua vs Menantu

Ibu, Anak Dan Menantu


Suzana (nama sebenar) dan Razman (nama sebenar) adalah pasangan yang paling

bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di

kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah

U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas

yang x dapat di pisahkan lagi.........tetapi dalam setiap percintaan mesti

ada dugaannya..

Salmah seorang ibu yg bengis dan terlalu mengongkong keluarganya untuk

mengikuti segala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn

seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya.

Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman dan mnyimpan dendam

terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U

itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya

ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka

kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pun diijabqabulkan ...... Mereka berdua

bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman.......tapi malang telah

menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke

Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka

Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah

meninggalkan kesan yang amat menakutkan......

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2.

Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya......tambahan mengetahui

berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan........Razman bertemu dengan doktor

bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini

Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada

isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira

melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun

dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat

kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang

sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam

seketika lalu menjawab......penderma tersebut menyuruh saya agar tidak

memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan

jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.


=========================================================

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan

kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah

kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi

anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang

dibenci.

Macamana erkkk reaksi ibu mertua???huhuhu
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Mertua vs Menantu"

Post a Comment